Selamat Datang! Ikhlas Daripada Pihak Kami!

Selamat Datang! Ikhlas Daripada Pihak Kami!
Selamat Datang Ke Blog Kami!

Monday 3 December 2012

Teater Muzikal Sudirman

Kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang program kerjasama PRS PSIS dan organisasi yang lain untuk membuat satu persembahan teater muzikal Sudirman. Program ini diketuai oleh organisai JPP dan dibantu oleh JPK, SRN, RPI dan PRS sendiri. Setiap wakil organisasi akan ada babak-babak mereka sendiri. Contohnya PRS diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan babak pekerjaan. Alhamdulillah dengan usaha,gigih,rajin kami semua dapat melaksanakan teater ini dengan sempurna. Terima kasih kepada JPP kerana membuat program julung kali ini yang diadakan di PSIS dan terima kasih kerana memberi PRS peluang untuk join sekali. Kalau ada lagi persembahan begini jangan lupa jemput kami :D

PRS telah menghantar seramai 22 orang pelakon teater muzikal Sudirman dan diketuai oleh salah seorang MT PRS sendiri iaitu Hazaratul Fatihah. Pelakon utama nya mempunyai 3 orang sahaja iaitu pelakon yang berbakat untuk melakonkan watak Sudirman iaitu Aben. Sahabat baiknya, Osman dilakonkan leh Nazreen dan juga Tuan Rosli sebagai pemberi kerja kepada Sudirman yang telah dilakonkan oleh BAT iaitu Faris Helmy. Mereka dibantu bukan sahaja dari MT PRS bahkan ada juga ahli PRS,BAT dan juga gabungan ahli JPP sendiri. Terima kasih kepada komitmen anda semua :D

Teater ini kami membuat latihan tidak sampai 2 bulan kerana sibuk nak cuti raya haji dan selepas cuti kami terus membuat persembahan. Latihan teater kami sangan terhad. Disebabkan, komitmen semua pelakon teater dan dibantu oleh mereka yang berpengalaman, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang menjayakan teater muzikal sudirman :)

Program kerjasama ini dapat mengeratkan silaturrahim diantara semua organisasi yang terlibat dan kami semua bagaikan adik beradik kerana bagaikan satu keluarga. Setiap malam kami sentiasa turun bersama-sama untuk membuat latihan. Jika ada salah dan silap masing-masing tegur menegur. Selepas program ini pun kami masih menjalinkan ukhwah yang kukuh dan kuat bersama organisasi lain.

Untuk pengetahuan pembaca semua, program ini dapat feedback yang baik dari pihak atasan sendiri dan juga pelajar-pelajar PSIS yang hadir ketika persembahan. Alhamdulillah di atas semua usaha, gigih dan komitmen semua pihak berikan untuk teater ini.


Mari kita tengok gambar semasa teatre tu :D


Sebelum persembahan bermula mari kita bergambar dengan pelakon wakil dari PRS :P 



 Seleasi sudah persembahan kami pada malam itu :)


Tak sah kan kalau kami tak tangkap gambar bersama-sama semua pelakon dan ketua pengarah teater,pembantu audia,prop,lighting dan semua yang membantu kan? hehehe 


Rindu nak membuat latihan teater bersama mereka semua lagi. Semua memang terbaik!!


 Semua sibuk tayang baju. Bangga kami semua yang memakai baju teater ini :D


 Belakang baju teater muzikal sudirman :D


Ketua Program Teater Muzikal Sudirman Azrul dari JPP PSIS. Ceria je muka dia sebab sudah selesai persembahan teater ini :D


 Bersama pelakon-pelakon teater yang lain :D


 Bergambar sakan kami semua :P


Sekian sahaja cerita tentang teater muzikal ini. Maaf sebab tidak banyak gambar untuk dikongsi kan. Masing-masing focus cehhh :P

(Terima kasih PRS ucapakan kepada semua yang membantu PRS dari segi langsung atau tidak langsung)


"BANTU DIRI BANTU RAKAN" 

No comments:

Post a Comment