Selamat Datang! Ikhlas Daripada Pihak Kami!

Selamat Datang! Ikhlas Daripada Pihak Kami!
Selamat Datang Ke Blog Kami!

Saturday 26 October 2013

Program Teduhan Kasih Aidilfitri Kolaborasi Bersama PRS PSIS dan PSAS.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hai ! Hello ! 
Apa khabar semua ? Kami dari PRSPSIS mendoakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya.. masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan akhir semesta untuk semua. kami juga ingin memohon berjuta kemaafan atas kelewatan kami untuk mengemaskini blog kami ini. almaklumlah kami, PRS sessi Jun 2013 ini antara sem yang sibuk pada kami. manakan tidak, PRS sem ini penuh dengan program.. jadi, apakah program pertama kita sem ini ? 

pada 23 - 25 Ogos yang lepas, PRS PSIS dengan kerjasama PRS PSAS telah menjalankan program Teduhan Kasih Aidiliftri di Kampung Sungai Tengar Utara, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.. dengar macam jauhkan tempatnya, tapi sebenarnya hanya 15 minit sahaja dari PSIS.

Siapa Pengurus Programnya ?


Cik Saudari Pengurus Program, Nur Aliya' Aqilah


 Program ini melibatkan pelajar dan orang kampung.. takpa takpa, kami akan menerangkan perjalanan pogram berdasarkan gambar-gambar. lets roll..





hari pertama bermula dengan pendaftaran peserta dari kedua-dua buah poli. jadi, anda boleh lihat keriangan kami sebelum memulakan perjalanan kan. kan kan kan.. 
selepas mendaftar diri, kami bergeraklah menuju ke destinasi..





taadaaa !! kami telah tiba ke destinasinya.. macam sekejap je kan.. memang dekat pun. tapi perjalanan terasa jauh jugaklah sebab sebelum tu bas kami tersalah jalan. ketibaan kami di kampung di sambut dengan penuh meriah oleh penduduk kampung. terasa seperti perantau pulang ke kampung halaman gitu.. 







kami kemudiannya mendengar ucapan daripada encik fikri, dan ketua kampung. selepas itu, kami diserahkan kepada keluarga angkat kami. anda boleh lihat kemesraan peserta dengan ibu bapa angkat.. itu baru permulaan.. perjalanan program 3 hari ini masih jauh..









inilah aktiviti kami pada malam hari pertama.. bermula dengan aktiviti 'pecah air batu' aka 'ice breaking'.. peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. pembahagian dibuat mengikut sticker BEN 10 yang terdapat pada tag peserta. Selepas pembahagian kumpulan, kami memulakanlah aktiviti seperti yang terdapat pada gambar2 di atas.. ada aktiviti duit siling bergerak dan permainan mafia.. aktiviti-aktivti ini tamat pada jam 12 tengah malam.. jadi kami pun balik ke rumah keluarga kami masing-masing. besok kita sambung aktiviti yang seterusnya..






selamat pagi ! sekarang ni hari kedua.. bermula dengan senaman di pagi hari. bermacam-macam senaman yang telah disenamkan.. boleh lihatlah gelagat masing-masing. ada yang buat para-para dance, ada yang buat chicken dance.. 









seperti yang telah diberitahu di atas tadi, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kan.. inilah salah satu sebabnya kenapa kami diberikan kumpulan. kami bergotong di sekitar kampung. ada yang membersihkan surau. ada yang bergotong-royong memasak untuk majlis jamuan malam nanti, ada juga yang berlatih untuk membuat persembahan pada malam nanti..







aktiviti program diteruskan lagi dengan aktiviti explorace.. ada macam2 checkpoint yang ada. ada yang kena cat muka, ada yang kena cabut sabut kelapa. eh! macam2 lagilah.. admin tak sempat nak habiskan explorace sebab pada checkpoint pertama.. hehe..

jadi, selepas penat berlari, berlumur muka, mengecat, dan segala bagai, malam itu pula....













malam itu pula kami bersama orang-orang kampung mengadakan jamuan hari raya.. ketua kampung telah mengamanahkan kami untuk menjadi tuan rumah.. tugas kami ? entertain orang kampung.. ada yang menyambut tetamu yang hadir, ada yang melayan tetamu makan. ada juga yang membuat persembahan.. di kala masa yang terluang, ada juga yang smpat bergambar. tidak dapat dibayangkan bagaimana letihnya kami malam tu. bukan senang nak buat rumah terbuka ni.. kita selalu tahu datang makan je. kali ni kita tengok orang makan.. tapi, disebalik kegembiraan tu, tersimpan sejuta kenangan terindah yang tidak dapat kami lupakan seumur hidup kami..

selamat pagi !














pagi hari ketiga iaitu hari terakhir bermula dengan kami diberi masa yang lebih bersama keluarga angkat. ini kerana sepanjang 2 hari, kami kekurangan masa bersama keluarga angkat. jadi, masa yang ada perlu digunakan. selepas meluangkan masa, kini tiba majlis penutup.. 









selepas majlis penutup, tibalah masanya kami semua berpisah untuk kembali ke tempat kami datang iaitu pulang ke poli masing2. pada masa ini, tidak dapat digambarkan kesedihan yang menyelubungi diri setiap perserta mahupun penduduk kampung sendiri. manakan tidak, cukupkah 3 hari untuk beramah mesra dan mengenali sesama sendiri.. pesanan kepada semua peserta, janganlah kita lupakan keluarga angkat kita di sini.. dan In Sha Allah mereka pun tidak akan lupa kita. 

sepanjang 3 hari, banyak yang kita dapatkan. apa yang penting disini, PENGALAMAN. di harap program seperti ini dapat diadakan lagi selepas ini..



SELAMAT TINGGAL KAMPUNG SUNGAI TENGAR UTARA ! SEMOGA KITA JUMPA LAGI DILAIN MASA IN SHA ALLAH.. :)