Selamat Datang! Ikhlas Daripada Pihak Kami!

Selamat Datang! Ikhlas Daripada Pihak Kami!
Selamat Datang Ke Blog Kami!

Saturday 1 December 2012

Baju Twitter Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Sultan Idris Shah

Hi rakan PRS sekalian!

Okay, sekarang kami nak cerita tentang baju twitter PRS. Untuk pengatahuan semua baju Twitter ni kami buat Limited edition. Hanya ada 60 unit sahaja. Kami membuka kaunter pada MSK untuk sesi June 2012. Disamping jual baju twitter kami juga promosi kan apa itu PRS sendiri. Alhamdulillah baju twitter ni dapat sambuatan yang menggalakkan dari semua pelajar PSIS dan juga junior yang baru masuk ketika itu. Mari kita tengok ketika jualan berlangsung :)


 Sebelum kami menjual baju twitter tu kami tunjukkan "Energizer" kami dan kami memakai baju twitter PRS :) (Hidayah, Hanis, Hasyim, Aqiman, Haza, Lili, Ain Dzulaikha dan Syahmi)


 okay gambar-gambar ini menunjukkan junior sesi June 2012 dapat saguhati(bag merah khas PRS PSIS)  dari kami kerana berani untuk tampil ke hadapan. Selain itu, Hanis sebagai Presiden sesi June 2012 untuk memberi ucapan tentang PRS sendiri dan ketika kami membuat energizer pelajar semua terlibat yang penting mereka semua enjoy! ;)


 Okay itu dari pandangan belakang baju PRS sendiri. Ehem Senior PRS yang dah habis belajar pun turun untuk promosi baju ini. Terima Kasih!!!


haaaaa! Syahmi, Lili dan Hidayah turun padang untuk membantu PRS mempromosikan Baju twitter sendiri walaupun mereka sudah habis belajar. Terima kasih kepada mereka sebab tidak putus-putus memberi sokongan padu kepada PRS! Mari kita buat tepuk-tepuk terima kasih sesama :D


 Wow! Naib Yang Di-Pertua PSIS pun beli baju twitter dar PRS. Terima Kasih di atas sokongan anda! (Jangan tak tahu NYPD sebenarnya bekas timbalan presiden PRS sendiri. Kini dia pula sebagai NYPD) 



Okay itu lah serba sedikit yang terjadi pada hari kami mempromosikan dan menjual baju twitter. Sambutan amat mengalakkan. Kalau ada sesiapa yang tak beli dan teringin nak beli kami mohon maaf sebab kehabisan stok. Tapi kami akan cuba untuk usulkan design yang lain untuk anda semua(tak janji) . Maaf gambar pelajar membeli kami tidak sempat untuk tangkap gambar. Tapi memang sambuatan amat menggalakkan!

Jadi kami dengan berbesar hati ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang membeli baju twitter PRS. Terima Kasih!! :)


Dikesempatan ini juga kami ingin mempromosikan twitter PRS sendiri

https://twitter.com/PRSPSIS  

Korang boleh mention kami terus dan kami akan cuba untuk update dekat twitter okay? ;) 

"BANTU DIRI BANTU RAKAN" 

No comments:

Post a Comment