Selamat Datang! Ikhlas Daripada Pihak Kami!

Selamat Datang! Ikhlas Daripada Pihak Kami!
Selamat Datang Ke Blog Kami!

Wednesday 13 November 2013

Mulakan Hari Anda Dengan Senyuman! :)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria. Dia melaksaanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira. Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah), mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas), semuanya dibuat dengan gembira .


Ceria yang dimaksudkan di sini bukanlah terkinja-kinja atau tertawa terbahak-bahak, tetapi rasa senang, tenang, rasa bebas dan lapang di dalam hati.
Tidak percaya? Cuba imbau kembali hasil kerja kita yang dirasakan paling berkualiti, sama ada  tulisan, masakan, lukisan, persembahan atau apa sahaja… Ingat semula bagaimana hati kita sewaktu menghasilkannya. Insya-Allah, pada waktu itu mesti hati kita dalam keadaan ceria. Mustahil kita dapat menghasilkan satu kerja yang baik sewaktu dilanda perasaan sedih, benci ataupun marah.


Aliran kegembiraan akan mengukir mutu yang tinggi pada hasil pekerjaan kita. Itulah yang dimaksudkan ‘air tangan’ dalam pekerjaan kita. Air tangan itu hakikatnya adalah aliran keceriaan yang mengalir daripada diri kepada pekerjaan kita. Bukan sahaja kerja malah wajah kita juga diukir oleh kegembiraan itu. Kata bijak pandai, “jika hati baik, wajah akan sentiasa cantik.” Salah satu ciri hati yang baik, adalah ceria!

Kata pakar-pakar psikologi dan motivasi, sepuluh minit terawal sebaik sahaja bangun daripada tidur akan menentukan kecemerlangan kita pada hari tersebut. Jangan hendaknya fikiran, perasaan dan hati kita dicemari oleh sesuatu yang buruk, jahat dan kotor. Saranan mereka, senyum, cakap yang baik-baik, rasa yang indah-indah, sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Sebagai seorang Islam, kita seharusnya tidak ada masalah untuk merasa ceria sebaik sahaja bangun daripada tidur. Caranya?  Hitung kesyukuran, jangan hitung kesukaran. Islam hakikatnya sudah lama mendidik umatnya agar melihat sisi yang baik-baik, indah-indah dan cantik-cantik sebaik sahaja bangun daripada tidur. Justeru, kita dianjurkan untuk melafazkan doa kesyukuran ini sebaik sahaja bangun daripada tidur: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kematian kami dan kepadaNyalah kami akan dihimpunkan.”


Ya, pertama dan utama, kita mesti bersyukur atas nikmat hidup yang masih dikurniakan Allah.  Cuba kenangkan betapa ramai orang yang pada malam sebelumnya tidur, kemudian tidak bangun-bangun lagi pada hari esoknya kerana telah ‘dijemput’ kematian. Tidur disifatkan oleh para hukama sebagai separuh daripada kematian. Jadi apabila kita diizinkan untuk hidup pada pagi hari, ertinya ‘separuh daripada kematian’ telah diangkat kembali oleh Allah daripada diri kita… Lalu bersyukurlah kerana kita telah hidup semula dengan sepenuhnya!




Ukirlah senyuman dan berilah salam kepada orang yang pertama anda temui pada awal setiap pagi. Mungkin orang itu ialah ibu, bapa, suami, isteri atau anak-anak kita. Juga fikirkan yang baik-baik dan bayangkan yang cantik-cantik. Mintalah perlindungan daripada rasa dukacita, takut, malas dan pengecut seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini: “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia



Untuk itu lihat apa yang ada, jangan dikenang apa yang tiada. Hitung satu persatu ‘kelebihan’ yang sedang kita miliki dan nikmati, insya-Allah kita akan tersentak kerana pasti tidak dapat menghitungnya. Firman Allah: “Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitungnya.”



Ya, tidak dinafikan kita punya masalah, kesedihan, kesakitan, kegagalan… namun itu tidak menghalang kita untuk terus bersyukur. Kelebihan pastinya mengatasi kekurangan. Kesenangan tentunya melebihi kesukaran. Malah di dalam kesukaran itu pun masih ada kesenangan. Itu sudah sunahtullah (peraturan Allah). Itulah yang dijanjikan Allah. Firman Allah:”Sesungguhnya pada kesukaran itu ada kelapangan.”


Namun, mengapa dalam realitinya, dirasakan berbeza? Semua ini gara-gara tersalah memandang hidup. Ingat selalu, yang penting bukan apa yang kita pandang tetapi bagaimana cara kita memandangnya.  Apa yang berlaku di dalam diri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita.   Pemikiran dan perasaan kita yang negatif menyebabkan kita hanya fokus kepada negatif sekalipun yang negatif itu cuma sekelumit.


Jangan jadi lalat yang mencari dan hinggap hanya pada tempat-tempat yang kotor dan busuk walaupun masih banyak tempat yang bersih dan wangi. Tetapi jadilah lebah yang mencari dan hinggap di tempat yang cantik dan harum. Jadi pandanglah hidup dengan penuh rahmat, nikmat dan indah sejak awal pagi lagi… Insya-Allah, apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat!
 

Manfaat Cuti Dengan Perkara Berfaedah!



Assalammualaikum! Salam sejahtera! Cuti semester kann~ Mesti heaven gile kann~ Haha. Tp walau apapun, manfaatkan cuti anda dengan aktiviti berfaedah. Jangan asyik duk FB, Twitter, WeChat, Insta je sepanjang masa. Dan jgn duk layan Candy Crush je eh... Gunakan masa dengan sebaiknya. :)
Post kali saya bawakan kepada anda : Manfaat Cuti Dengan Perkara Befaedah
Sumber : MyMetro
APAKAH perkara yang terpanjang, yang terpendek, tersangat pantas, dan sangat perlahan? Apabila tidak mempedulikannya selepas itu pasti kita akan menyesalinya.
Tiada apa yang dapat dilakukan tanpanya. Ia menelan segala yang kecil dan membina segala yang besar. Apakah perkara itu? Jawapannya adalah masa. 
Begitulah hebatnya masa; apabila kita berada dalam keseronokan ia pasti bergerak dengan cepat sekali begitu juga apabila kita dalam keadaan terlalu dukacita, sedih dan derita pasti masa bergerak sangat perlahan.

Segala urusan dan kehidupan kita mesti mengambil masa kerana segala-galanya akan tercatat dan dirakam sama ada perkara itu kecil atau besar.

Cuti sekolah kini sudah bermula selepas berpenat lelah dengan rutin harian dengan pelajaran. Maka, tiba musim cuti ini untuk merehatkan minda jasmani.

Namun, bukan bererti apabila tiba musim cuti persekolahan semuanya bercuti.
Jangan biarkan masa berlalu percuma sebab ia akan menentukan kehidupan kita.

Seperti gelas, nilai dan harganya bergantung kepada apa yang terkandung di dalamnya. Jika ia air kosong harganya murah berbanding jika ia diisi dengan emas maka ia berharga.

Begitu juga, jika di dalamnya racun maka ia sangat berbahaya, merosak serta memusnahkan. Oleh itu, sempena musim cuti sekolah ini, pelajar dan ibu bapa perlu memenuhi masa cuti dengan aktiviti berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap keselamatan anak-anak.

Kejadian kemalangan sering berlaku dan meningkat pada musim cuti persekolahan kerana aktiviti pelajar berlaku secara tidak terancang dan tanpa kawalan.

Sekarang terdapat banyak penganjur menjalankan kursus buat anak-anak jadi terpulang kepada ibu bapa memilih yang mana satu yang berkenan di hati.

Berilah peluang kepada mereka menambahkan bilangan kawan secara sihat. Mereka boleh terus bermain dalam program atau kursus yang memberi manfaat.

Sekiranya membiarkan mereka menghabiskan masa secara bersendirian mungkin terdapat banyak kelemahan dan kesilapan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada diri dan keluarga.

Ibu bapa yang tidak mampu, masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan aktiviti lain asalkan tidak membiarkan aktiviti berlangsung tanpa kawalan dan perancangan.

Rugi sangat masa berlalu begitu saja jika asyik menghadap permainan video sepanjang waktu atau menonton televisyen. Hassan Al-Banna pernah mengatakan, “Waktu adalah kehidupan. Mensia-siakan waktu bererti mensia-siakan kehidupan.”

Begitu pentingnya waktu sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan waktu. “Wal ‘ashr, demi masa,” kata Allah dalam surat al-Ashr. Selain itu, dalam surah lain seperti Walfajri, demi waktu fajar (al-Fajr:1), Wadhdhuha, demi waktu dhuha (Adh-Dhuha:1), Wallaili, demi waktu malam (asy-Syams:3), Wannahari, demi waktu siang (asy-Syams: 4).

Justeru itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan demi memastikan anak-anak mereka memanfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin.

Hantarlah anak mengikuti kelas atau tuisyen atau bawalah mereka ke pesta buku yang boleh memberi faedah demi kecemerlangan mereka kemudian hari.

Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, luangkan masa serta bertanyalah apa masalah anak-anak.

Teman dan beri dorongan kepada mereka ketika belajar walaupun hanya untuk seketika kerana perkara seperti itu boleh merangsang dan menaikkan semangat anak untuk belajar.

Akhir kata, manfaatkanlah cuti anda sebaik mungkin. Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan pelajar dengan harapan apa yang kita lakukan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

New Semester! Cuti Dah Nak Habis!

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera semua. Cuti dah nak habis. Dah bersedia ke belum utk pulang ke universiti? Politeknik? Kolej masing-masing ni? Ahahahah, jangan honeymoon sgt ye... Jgn leka dengan duniawi sgt, tak pasal-pasal lalai dari segala aspek nanti! Dah-dah, tanam niat nak belajar pulak. Kalau nak cuti, mmg kita x kan puas la cutinya.. Heheh. Hidup kena berkorban.. :)




TIDAK!!!! CUTI DAH NAK HABIS!

Jaga Persahabatan :)

Sekadar perkongsian :)
Sumber dari : http://sukabiru.wordpress.com/2008/01/07/tips-jaga-persahabatan/



Ni ada beberapa tips menjaga persahabatan yang aku kutip dari bukunya Aa’ Gym yang berjudul Seni Menata Hati dalam Bergaul.
-----
Hindari penghinaan
Apapun yang bersifat merendahkan, ejekan penghinaan dalam bentuk apapun terhadap seseorang, baik tentang kepribadian, bentuk tubuh, keadaan sosial dan lain sebagainya, jangan pernah dilakukan, karena tak ada masalah yang selesai dengan penghinaan, mencela, merendahkan, yang ada adalah perasaan sakit hati serta rasa dendam
------
Hindari ikut campur urusan pribadi.
Hindari pula untuk ikut campur urusan pribadi seseorang yang tak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklumi setiap orang punya urusan pribadi yang sangat sensitif, yang bila terusik akan menimbulkan kemarahan.
-------
Hindari memotong pembicaraan.
Sungguh dongkol bila kita sedang berbicara kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal, berbeda halnya bila uraian tuntas dan kemudian dikoreksi dengan cara yang arif, niscaya kitapun berkecenderungan menghargainya bahkan mungkin menerima.
Maka latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan mengoreksi dengan cara yang terbaik pada waktu yang tepat.
-------
Hindari membandingkan
Jangan pernah dengan sengaja membandingkan: jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah atau merasa terhina.
Jangan membela musuhnya, mencaci kawannya
Setiap orang memiliki kawan yang disukai dan orang yang dibenci.
Membela musih maka dianggap bergabung bersama musuhnya, begitu pua mencaci kawannya berarti memusuhi dirinya. Bersikaplah yang netral, sepanjang diri kita menginginkan kebaikan dari semua pihak, dan sadar bhawa untuk berubah harus siap menjalani proses dan tahapan.
Tahapan awal yang prioritas dilakukan adalah harus memperbanyak kawan bukan memperbanyak musuh.
-------
Hindari merusak kebahagiaannya
Bila seseorang sedang bersuka cita, bergembira ria dan berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang akan merusak kebahagiannya, misalkan ada seseorang yang merasa beruntung mendapatkan hadiah dari luar negeri, padahal kita tahu persis bahwa barang tersebut buatan dalam negeri, bahkan dijual di pasar umum. Maka kita tak perlu menyampaikannya hanya semata karena ingin bicara belaka, biarlah dia berbahagia
mendapatkan oleh-oleh tersebut.
-----------
Jangan mengungkit masa lalu.
Ingatlah bahwa setiap orang memiliki kesalahan yang sangat ingin disembunyikannya, termasuk diri kitapun demikian memilikinya, maka jangan pernah usil untuk mengungkit dan membeberkannya, hal ini seperti kita sama dengan mengajak bermusuhan karena mencemarkan kekurangannya.
------------
Jangan mengambil haknya.
Berhati-hatilah terhadap hak-hak orang lain baik berbentuk materi ataupun non materi, setiap gangguan terhadap hak harta, waktu tenaga, ketenangan, atau hak pribadi lainnya niscaya akan menimbulkan rasa
tidak suka dan perlawanan, yang tentu akan merusak hubungan.
-----------
Hati-hati dengan kemarahan
Bila anda marah, maka waspadalah karena kemarahan yang tak terkendali biasanya menghasilkan kata dan perilaku yang keji, yang sangat melukai dan tentu perbuatan ini akan menghancurkan hubungan baik dilingkungan manapun.
Kita harus mulai melatih diri mengendalikan kemarahan sekuat tenaga, jikalau memang kemarahan itu tetap terjadi, pilihlah kata-kata yang paling tidak melukai, sederhanakan dan persingkat kemarahannya, dan tak
usah sungkan untuk meminta maaf andaikata ucapan dirasakan berlebihan.
--------------
Jangan menertawakannya
Sebagian besar dari sikap menertawakan seseorang karena kekuranggannya, baik sikap, penampilan, bentuk rupa/badan, ucapan, dan lain sebagainya, dan ingatlah tertawa yang tidak pada tempatnya serta berlebihan
akan mengundang rasa sakit hati.
--------------
Hati-hati dengan penampilan, bau badan dan bau mulut.
Tidak ada salahnya kita selalu mengontrol penampilan, bau badan/mulut kita, karena penampilan ataupun bau badan yang tak segar akan membuat orang lain merasa terusik kenyamanannya, dan cenderung ingin menghindari kita.
Penampilan yang rapih, segar, harum, insya Allah akan lebih mengakrabkan.

Yuup, moga2 bisa bermanfaat bagi kalian semua, sebenarnya di buku itu masih menjelaskan tentang cara mempererat persahabatan, mungkin pada postingan berikutnya akan aku masukkan.



-BANTU DIRI, BANTU RAKAN-

Tangani Tekanan (Stress)

Assalammualaikum, salam sejahtera. Sekadar perkongsian. :)

Sumber dari : http://langitilahi.com/10825



Stress.

Bila sebut pun kita akan terasa tekanan dan himpitannya. Itulah penangan stress. Stress bukanlah sesuatu yang perlu dilenyapkan dan dihapuskan dalam kehidupan kita. Tetapi ia perlu ditangani dan diurus dengan bijak dan betul.

Unik dan istimewanya kehidupan ini – ia diwarnai dengan pelbagai situasi dan keadaan. Salah satunya ialah stress, tekanan dan himpitan. Cuba banyakan hidup tanpa stress?

Kita akan menjadi bosan. Sekiranya hal ini berlaku, kerja dan produktiviti kita merudum , tidak proaktif dan menurun. Namun, stress ini perlu dibawah kawalan dan tidak boleh berlebihan serta membawa mudarat.

Sebagai muslim, kita benar-benar yakin segala ujian, musibah dan cabaran itu datang daripada Allah SWT. Imanlah yang akan menjadi tonggak utama kepada penyelesaian setiap stress yang kita hadapi. Bertitik tolak daripada inilah, kita harus tangani stress secara harmoni, penuh pengharapan dan pergantungan kepada Allah SWT. Ayuh kita semak, petua-petua ini :



(1) Ubah wajah Stress secara positif

Langkah paling awal ialah mengubah paradigm kita tentang stress itu sendiri. Katakan pada diri stress itu adalah sebahagian daripada diri, jiwa dan kehidupan kita!

Nescaya, kita akan rasai sesuatu yang berbeza daripada orang lain. Minda positif dan cara pandangan yang baik akan membawa kepada cara berfikir yang mengharmonikan kehidupan ini. Sedarilah hakikat ini dengan merenungi firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. Dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil.”

( Al-Ma’arij  70 : 19-21)



(2) Mulakan hari anda dengan AMAD!

AMAD? Macam nama orang pula? Boleh berkenalan.



A = Al-Quran

Ma = Mathurat

D = Dhuha ( Solat Sunat)

Hari yang dimulakan dengan AMAD adalah hari yang sangat tenang, bahagia dan mententeramkan. Ia berbeza dengan hari-hari yang berlalu tanpa AMAD ini. Kerana apa?

Hati, jiwa, perasaan dan sanubari kita berhubungan kuat dengan Allah SWT. Rabb yang melimpahkan segala ketenangan, cahaya dan kebahagiaan kepada manusia. Tiada hari yang lebih baik, mulia dan berharga daripada hari-hari yang jiwanya dekat dan hampir dengan Allah SWT.

Ingatkah kita dengan sabda Rasulullah SAW kepada Bilal RA yang bermaksud :



“ Wahai Bilal, tenangkan kami dengan solat.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ayuh, AMADkan diri anda!



(3) Kemas, susun dan atur tempat kerja anda!



Kekadang kita stress sebab kita serabut! Pandangan mata kita diserabut dengan tempat kerja, kediaman dan suasana pejabat yang serabut.

Jadi, langkah paling praktikal ialah kemas, susun dan atur segala peralatan, kemudahan dan kerusi meja di temapat kerja kita. Kalau kita pelajar, meja belajar mesti berada dalam keadaan yang menyenangkan.

Kata boss saya : “Pastikan meja tip top!.”

Cuba lakukan, dan kemudian nyatakan perasaan anda setelah semuanya kemas, bersih, tersusun dan teratur. Kongsikan ya!



(4) Gunakan haruman yang menyegarkan

Saya pernah hadiri satu kursus pengendalian dan mengurus stress. Menariknya, salah satu cara yang diketengahkan dalam menghadapi stress adalah melalui aroma terapi bau-bauan.

Secara fitrahnya, bau yang wangi, harum dan sedap dihidu dapat memberikan ketenangan, kedamaian dan keharmonian kepada jiwa. Kerana itu juga, salah satu perkara yang dicintai oleh baginda Rasulullah SAW adalah wangi-wangian.

Saya cuba mengamalkan kaedah ini. Di bilik kerja, kediaman, kamar tidur dan di dalam kereta saya akan letakan satu wangian yang dipanggil lavender. MasyaAllah – kehidupan saya semakin nyaman dengannya.

Anda ingin cuba? Saya syorkan. Cubalah dengan wangian yang selesa dan sesuai dengan anda. InsyaAllah, itu ikhtiyar kita.



(5) Kikis dosa, bintik-bintik hitam di hati dengan TIM!

Salah satu, kesempitan dan himpitan hidup adalah akibat perbuatan dosa. Dosa akan menyebabkan kita diburu oleh perasaan bersalah dan terus bersalah. Akibatnya, stress hadir tanpa kita sedar.

Oleh itu, kikis dan buang dosa-dosa yang melekat dalam jiwa kita dengan TIM. Apa pula ini?



T = Taubat

I = Istighfar

M = Muhasabah

Kesannya? Kehidupan kita menjadi luar biasa. Hati tenang, jiwa tenteram dan nurani begitu damai. Lihatlah ahli-ahli taubat, mereka menghirup keharuman taubat di awal-awal pagi dengan solat taubat dan akhirnya terpancar ketenangan di wajah mereka yang penuh berseri.

Tidakah kita teruja untuk menjadi seperti mereka?



(6) Kurangkan Gossip dan menjadi penunggu Gossip

Akhirnya, langkah ini adalah langkah yang tersukar. Gossip, kata-mengata, menyebar fitnah atau budaya mengumpat tumbuh subur di kalangan manusia. Realitinya, ia berlaku disemua tempat, kedudukan dan masa.

Gossip adalah suatu perbuatan yang menyeronokan jiwa. Sekali terkena, kita akan ketagih. Menjaja keburukan, keaiban dan kesalahan orang lain sememangnya selari dengan kehendak hawa nafsu. Tetapi, ramai yang tidak sedar kesannya kepada keharmonian jiwa?

Kita akan bersangka-sangka buruk kepada sesiapa sahaja.

Hati kotor dan semakin hitam kerana sebar gossip adalah suatu dosa.

Gossip memang best, seronok dan mengasyikan kerana ia disukai oleh jiwa manusia yang busuk.



Kerana itu, tanda jiwa kita bermasalah dan stress – kita sukakan dosa. Dan salah satunya ialah menjaja gossip di mana-mana. Justeru, jika terasa amat-amat tension, tertekan dan sebagainya : tanyalah dalam hidup anda, adakah aku ini penggosip yang tegar?

Anda setuju?



Penutup : Hiduplah Dengan Hembusan Ketenangan

Jika dilihat balik, kita sebenarnya punyai pilihan sama ada untuk hidup dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan yang penuh ketenangan.

Kita diberikan pilihan.

Tiada siapa pun boleh memaksa kita.

Terpaksa, dipaksa atau sebaliknya – semuanya terletak dibahu kita semua.

Kita punyai hak untuk merasai ketenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada semua manusia. Ketahuilah, ketenangan adalah hak milik semua insan!

Jadi apa lagi, sama-sama kita urus stress dengan harmoni!

——-

Hati Bahagia + Ketenangan Di Jiwa + Hidup Senyum Sentiasa = Ia bagaikan hidup di Syurga!

Video Aktviti PRS PSIS Sepanjang Sesi Jun 2013

Assalammualaikum wbt, good day. :)

This video shows some activity of PRS PSIS in June Semester for year 2013.

This video has been resized. So, the quality surely, will be affected. Sorry for the inconvenience.

And, this video has been redo for many times, because of the time taken (Facebook only allow user to upload video less than 20 minutes)
Original time : 23 minutes
Current time : 19 minutes 54 seconds

So, if there're some mistakes, blunders, or whatsoever that you'll notice later, just forgive me okay? Haha.
*Editting video is not a simple thing to do okay...



(Watch in HD for better quality and view!)

*THE LAST PART IS THE BEST ONE! SO, STAY TUNED!

Thank You!

Video Aktiviti PRS PSIS (Khidmat Komuniti 2013)

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera semua.

Ini merupakan aktiviti dan program terakhir PRS PSIS bagi Sesi Jun 2013.

Program ini diketuai oleh Arys Wary, dan alhamdulillah, program ini berjaya dengan jayanya!
Tahniah kepada semua pihak yg terlibat dalam menjayakan program yang amat berharga ini!

Program ini merupakan program ke Rumah Anak Yatim 'Misi Harapan'. Anak yatim terdiri daripada golongan berbangsa India dan Cina. Tidak ada golongan berbangsa Melayu menetap di sini. 

Namun, walaupun kami majoritinya berbangsa Melayu, itu tidak menghalang kami untuk menjayakan program di rumah tersebut. Hal ini demikian kerana, kita satu negara, kita 1 Malaysia! Kita tidak boleh memilih dalam sesuatu perkara, dan kita kena berkawan dengan semua org, kena bergaul dengan semua org, baru semua org suka, baru semua org senang berkawan dengan kita.

Video -By Azeem-
-Editted using : 
|After Effects | Pro Show | Windows Movie Maker | Camtasia Studio |

-Tengok sampai habis, ada kejutan di akhir video, heheh-



Terima kasih!

Malam Graduasi PRS PSIS Sesi Jun 2013

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera semua. Post kali ini akan mengemukakan, memberikan anda satu program 'makan-makan dan graduasi', iaitu Malam Graduasi PRS PSIS Sesi Jun 2013.

Silakan melihat gambar-gambar yang tertera di bawah. :)




































Sekian, terima kasih! :)

Tuesday 12 November 2013

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kolaborasi PRS & KKE Tahun 2013



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Sihat? Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, dan sentiasa dalam keadaan baik (Insya-Allah).

Pertamanya, saya, bagi pihak PRS PSIS ingin meminta, memohon ampun dan maaf kepada semua kerana sudah lama tidak mengemaskini perkara, program, aktiviti yang berlangsung pada sesi semester kali ini, iaitu Sesi Jun 2013. Segala kesulitan amat kami kesali, dan Insya-Allah, perkara sebegini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Maaf ya... :)


Baiklah, dengan ini, saya teruskan. Pada 'post' kali ini, akan menceritakan, mengemukakan kepada anda semua... Suasana di Jamuan Raya Aidilfitri PRS pada tahun ini.

Ahmad Azeem Bin Ahmad Raslan
Pengurus Program
Jamuan Raya Aidilfitri PRS-KKE
Tahun 2013.

Haaaa~
Pada kali ini, Jamuan Raya Aidilfitri berkolaborasi bersama dengan KKE PSIS (Kelab Kejuruteraan Elektrik PSIS). Pengurus program ingin mencuba sesuatu yang baru, dan keluar dari kepompong, ataupun 'out of the box', bagi meluaskan empayar PRS di mata PSIS, dan juga merealisasikan PRS sebagai organisasi terhebat di PSIS!

Program ini juga dianjurkan secara sinergi bagi mengeratkan ukhwah antara PRS dan KKE, dan agenda utama, sudah pasti... Menyambut ketibaan syawal la, dan meraikan kemenangan, pengorbanan kita dalam puasa selama sebulan. :)

Alhamdulillah program berjalan lancar, walaupun terdapat pelbagai halangan dan kekangan, seperti hujan pada waktu majlis berlangsung, namun itu tidak mematahkan semangat ahli PRS dalam mengendalikan program. Hal ini kerana kami semua ketahui, setiap perkara pasti ada hikmah di sebaliknya. :)

Baiklah, ini merupakan gambar sepanjang program, biarlah gambar berbicara... :)




Pengerusi Majlis Jamuan Hari Raya PRS-KKE
Sedondon... Matching... :) 


Banner buat sendiri. Terima kasih kepada pihak KKE atas pembikinan banner ini.
Titik peluh sendiri oo~
4-5 jam jugaklah nak siapkan. :) 










 Pendaftaran...








Lawa kann gerbang ni... Idea Pengurus Program tuu~ Hahah XD 











 Pengurus Program berucap...



 Pengerusi KKE pun turut berucap juga.
Segak bergaya tuu~ Blazer & tie. :)


Ucapan perasmian daripada Penasihat KKE. :) 


 Jemput makan...





Sweet couple... Semoga kekal dan jalinan atas ikatan perkahwinan... :) 





Sedondon aje depa berdua nii~ :D 

 Alahai... Romantic sungguh.. :D


































Tahniah Saidi! Anugerah Pakaian tercantik! :) 


Pakaian formal tidak menghalang kami utk menari tauu~ :) 






 Rakan-Rakan KKE

Rakan-Rakan KKE dan PRS, pehh~ Bergabung, meletup! 



Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada anda semua. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak dalam menjayakan majlis ini, secara langsung ataupun tidak langsung. Jasa anda amat kami hargai. Tanpa anda, program ini tidak akan berjaya. bersatu teguh bercerai roboh! :)