Selamat Datang! Ikhlas Daripada Pihak Kami!

Selamat Datang! Ikhlas Daripada Pihak Kami!
Selamat Datang Ke Blog Kami!

Sunday, 2 December 2012

Lawatan Ukhwah Politeknik Port Dickson Ke Politeknik Sultan Idris Shah

Kali ini kami ingin berkongsi tentang lawatan ukhwah oleh Politeknik Port Dickson (PPD) ke PSIS sendiri. Walaupun jauh PSIS ini mereka tetap juga ingin melihat poli kami. Alhamdulillah dan terima kasih kepada PPD sebab sudi datang ke poli kami. okay untuk pengetahuan pembaca semua mereka bukan sahaja buat lawatan ukhwah dengan poli kami. Tetapi, ada diskusi dan juga khidmat bakti bersama orang kampung.

Program ini sangat baik kerana dapat menjalankan program 3 dalam 1 sekali gus. Untuk program ini ahli yang terpilih berdasarkan lebih menonjol dan mereka disenarai pendek oleh fasilitator mengikut kumpulan masing-masing dan dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Pagi sebelum kami memulakan acara kami ada lakukan senaman pagi dan membawa PPD jogging 1 PSIS. Tapi maafkan kami kerana kami tiada gambar pagi itu :(

Okay mari kita cuba tengok pada gambar-gambar apa yang terjadi  ketika PPD datang ke PSIS ;)


Kita mulakan acara pada pagi sabtu berkumpul bersama PPD dan PSIS di DSU PSIS. 


Kita mulakan LDK dari PPD sendiri. Iaitu "ROBOT" 


Ini yang berlaku. agak riuh ketika LDK robot dijalankan 


 Kita teruskan dengan LDK seterusnya dari PPD lagi.


Seterusnya LDK diteruskan dari pihak PSIS sendiri dan LDK diketuai oleh Haza dan Hanis. Pada LDK pertama mereka dikehendaki cipta 1 lagu yang bertajuk "kampung"  


Kita perkenalkan "energizer" epoi epoi kepada mereka. jyeahhh energizer turun temurun PSIS :D


Selepas kita LDK bersama kita kembali ke arah yang serious untuk menukar pandangan di antara dua belah pihak. iaitu diskusi untuk membincangan tentang PRS yang di jalankan di setiap politeknik masing-masing :)

(YDP dan NYPD pun turun untuk melihat diskusi kami. Terima kasih!) 


Selepas makan tengah hari kami mulakan aktiviti kami seterusnya iaitu membuat khidmat bakti bersama orang kampung. kami dibahagikan tugas untuk pergi ke tempat-tempat untuk kami gotong royong. contoh memasak,mengecat,mengemas dan sebagainya 


Kami ada lakukan mengecat di kilang Mus Pau sendiri. tolong pekerja di Mus Pau mengisi pau dan membantu cuci dan mengemas selepas gotong-royong memasak  


Pemberian cenderahati kepada ketua kampung dan pengurus kilang Mus Pau dari 2 belah pihak politeknik :)


Selepas kita dah penat gotong-royong kita mestilah bergembira dan tangkap gambar bersama sebagai kenangan kan? Seronok dan ceria je muka masing-masing walaupun penat :D


Mari kita tengok gambar kegembiraan kami bersama PSIS dan PPD sendiri. Eh, gambar En.Khir bersama haza,ain,ummi dan haziqah pun ada. Lihat lah kegembiraan kami :D

(gambar Aben tak boleh blah. syok sendiri nampak Aben oiii :P) 


Haaa sebelum kami mulakan acara makan malam tu, PPD dijemput untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh JPP PSIS sendiri. walaupun sekejap kami dapat memenuhi kehendak masing-masing. masing-masing focus je denga ceramah tu :P 


Makan malam sangat best sebab ada bbq sekali. fuyyoh! terima kasih kepada mereka yang susah payah panggangkan ayam daging semua lah hehehe :P


Tak best lah kalau makan je kan? jadi sebelum berkahir nya acara malam tu PSIS dan PPD masing-masing menunjukkan energizer yang baru kepada peserta.walaupun perut dah penuh sebab makan banyak ketika itu, mereka tetap memberi kerjasama mereka semua memang AWESOME! Baik peserta PSIS atau pun PPD sendiri :P 



 Okay inilah gambar terakhir bersama PPD. Kami sangat enjoy dengan mereka dan aktiviti yang diadakan sepanjang mereka berada di PSIS :D


Terima kasih kepada PPD sekali lagi kerana sudi datang ke PSIS. Kami harap anda tidak akan serik untuk datang ke PSIS lagi. Jika ada masa dan umur yang panjang kami akan cuba untuk membalas lawatan kami. In Shaa Allah. Kami menyusun sepuluh jari jika ada kekhilafan kami sepanjang program itu berlangsung. Terima kasih! Mari kita buat tepuk-tepuk terima kasih untuk mereka! jyeahhh ! Semoga kita berjumpa lagi Politeknik Port Dickson!


(disebabkan gambar terlalu banyak untuk dikongsikan jadi terpaksa kami membuat collage sebegitu. Maaf ye? segala kekurangan maafkan kami. Yang penting pembaca dapat lihat sendiri bagaimana kami jalankan program. Teruskan membaca blog kami :D )






"BANTU DIRI BANTU RAKAN" 





No comments:

Post a Comment