SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN IKHLAS DARI PEMBIMBING RAKAN SISWA POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH!
Walaupun lambat kami ucapkan tapi jauh dari sudut hati kami ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf dari segala salah silap kami kepada anda secara sengaja atau tidak sengaja ;)
Kita teruskan dengan kata-kata aluan sebelum gambar sebagai santapan untuk anda melihat kegembiraan kami menyambut hari raya bersama penasihat kami sendiri En. Khir bin Salimin, Majlis tertinggi, Barisan angkatan tertinggi dan juga ahli-ahli kami yang tidak pernah putus-putus menyokong kami. Alhamdulillah terima kasih kepada peminat :)
Jamuan hari raya ini kami cuba ubah tempat dan ingin cuba sesuatu yang menarik kami buat jamuan raya di Dataran JKA atau berdekatan dengan Hayat Galeri untuk Seni Bina. Terima Kasih kepada Ketua Jabatan JKA kerana memberi izin kepada kami untuk menggunakan tempat itu.
Kami dapat feedback yang baik ahli seronok makan disitu dan mereka merasai sesuatu yang baru. Tetapi kekangan yang ada kawasan itu sedikit gelap. Maafkan kami kalau ada yang tak puas hati dari segi makanan ataupun tempat. Yang penting kita enjoy dan dapat rasai beraya bersama kawan-kawan atau pun jauh dengan keluarga lagi-lagi untuk semester 1 yang baru merasai pengalaman ini. Setiap apa yang kita lakukan simpan dalam hati walaupun pahit ia tetap mengajar kita erti kehidupan ;) okay mari kita tengok gambar yang banyak untuk kita kenang kan. Kepada pembaca mari kita mengimbau memori raya kita bersama tak kira anda ada atau pun tidak di dalam gambar. ;)
Sebelum memulakan majlis atau jamuan raya kita daftar dulu ;)
Okay selepas semua ahli dah sampai. Seperti biasa kata-kata aluan dari penasih kami itu sudah pasti. Terima kasih kepada En. Khir kerana sudi meluangkan masa bersama kami :)
Tidak lupa juga kata-kata aluan yang manis dari Presiden PRS sesi June 2012 sendiri Hanis Bin Hanapiah
Sebelum makan mari kita bergambar dulu? BAT bersama MT
Meja VIP! fuyooh ada Satay lah malam jamuan raya ini
Okay jom beratur untuk mengambil makanan (Lelaki)
Mengambil makanan di bahagian perempuan. berebut-rebut mereka. Masing-masing lapar kan.
Suasana makan kami :)
Ala-ala kampung je tempat ni
Luas pun luas kan?
Siap ada sampan lagi tu sebagai prop tambahan hehehe
Lepas makan mari kita main dulu untuk hilangkan senak perut sebab kekenyangan! yeahhh :D
Sambil makan tu kita dengar mereka menyanyi. Suara mereka memang sangat sedap tak tipu punya :)
Simple but nice kan?
ini untuk En. Khir sign sebagai merasmikan jamuan raya sesi June 2012
Mereka sebagai MC untuk formal sedondon sebab pakai baju sama color :P
Eh, Muhairani yang tengah LI pun turun untuk meriahkan Jamuan Raya ni. Terima kasih Muhairani sebab sanggup datang! :D
En. Khir nak suapkan kat Farah atau muhairani? hehehehe
Jejaka - jejaka melayu. Kan handsome siap pakai sampin tau ;)
BAT ( Ain dzulaikha, Farah Awang, Farah Ghazali, Annish dan juga Ayu Hut)
Ainol Yakin (aben) sebagai pengacara tidak formal bergambar bersama jejaka melayu atau pun (king untuk jamuan raya)
Inilah Jejaka tampan dan gadis melayu yang memenangi hadiah utama malam tu :D
Okay sebelum balik mereka menerima saguhati dari kami iaitu "DUIT RAYA" itu yang ditunggu tunggu oleh semua kan? :D
Mereka semua beratur untuk dapatkan duit raya! jyeahhh
Gembiranya dapat duit raya kan kan :D
Salam dulu abang presiden kita sebelum dapat duit raya :D
Kegembiraan kami pada malam itu akan kami ingat. Terima kasih kepada semua yang hadir dan beri kerjasama :D
Sebagai kenangan malam tu kami tangkap gambar beramai-ramai. Alhamdulillah terima kasih kepada semua ;)
Kegembiraan raya kami masih diteruskan lagi bersama jamuan raya bersama JPK
(bergambar bersama BAT,MT dan juga Ahli)
Kami sangat gembira! :D
terima kasih kepada semua yang meriahkan jamuan raya kami! Semoga kita jumpa lagi pada raya akan datang. In Shaa Allah mudah-mudahan dipermudahkan segalanya. Disini sekali lagi kami ingin memohon maaf kepada semua andai kami terkasar bahasa atau ada segala kekurangan yang kami bagi. Harap tiada pape yang menyebabkan sesiapa sakit hati ;)
"BANTU DIRI BANTU RAKAN"
No comments:
Post a Comment